Khamis, 16 Oktober 2008

pUISI tENTANG kITA

Kita semua adalah sama
Cara kita dicipta juga sama
Langkah kita juga semuanya ke hadapan

Kita punya hati dan naluri yang sama
Aku inginkan cinta dan kamu juga inginkannya
Kamu menangis dan aku juga punya rasa itu

Kita tidak berbeza kerana kita sama
Namun iman dan takwa kamu kepadaNYA hanya itu yang membezakan kita…
Tetapi hakikatnya DIA mencintai kita
dan
DIA Menyayangi kita
Lebih daripada apa yang kita tahu
Walau siapa pun kita sebenarnya.



PUISI tentang Kita dan Sesuatu

Kita dan sesuatu yang pasti
Kita dan sesuatu yang belum pasti
Hakikatnya sesuatu yang pasti menunggu kita adalah KEMATIAN
Dan sesuatu yang belum pasti itu,di mana kita selepas kita mati
Syurgakah atau sebaliknya…

Kita dan kehidupan
Ketawa dan menangis silih berganti
Adakalanya kita terpaksa menangis panjang kerana
Kita harus sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa sahaja
DAN
Adakalanya kita mungkin perlu ketawa
Untuk mengerti betapa mahalnya harga setitik air mata.



Kita dan Si Cinta
Adakalanya kita terpaksa berkorban demi cinta
Kita menangis kerana cinta
Kita mati kerana cinta
Kita buta kerana cinta
Kita tuli kerana cinta
Dan kita juga turut bisu kerana cinta
Betapa peliknya rasa cinta

Sabtu, 11 Oktober 2008

Assalamualaikum dan salam ukuwah..tujuan saya mewujudkan blog ini adalah ingin berkongsi cerita semua tentang kita.Saya seorang yang sangat berminat dengan puisi..adakalanya saya cuba menceritakan perasaan saya melalui puisi-puisi yang mungkin tidaklah seindah wajah orang tersayang anda.Saya juga ingin mengajak para sahabat semua agar mengerti dengan lebih dekat tentang diri kita dengan kehidupan.Semoga segala isi blog ini dapat memberi manfaat yang akhirnya berjaya menyatukan hati kita semua.